Sunday 24 March 2013

Teori Perkembangan Sigmund Freud :)

Posted by Unknown at 10:15
Hye, my name is Freud. 
Freud dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud, personaliti manusia terdiri daripada tiga bahagian, id, ego dan superego. 

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasan serta-merta tapi inginkan keseronokan ke tahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido yang mengandungi desakan asas. 

Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.

Superego ialah bahagian personaliti bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibu bapa atau gurunya.

Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.

Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat:

1) Peringkat oral (lahir-18 bulan) - 

Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibu bapa daripada menghisap (sebelum 18 bulan) dan menggigit (selepas 18 bulan)

2) Peringkat anal (2-4 tahun) -

Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuangan najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasihi ibu bapa.

3) Peringkat falik (4-6 tahun) -

Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibu bapa sendiri. Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu, ibu bapa mesti memainkan perana penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku. 

4) Peringkat pendaman (6-12 tahun)

Pada peringkat ini, kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.

5) Peringkat kejantinaan (12 tahun ke atas)

Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks (labido) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka. 

sekian saja untuk entri teori perkembangan Sigmund Freud. kbai! :D

0 comments:

Post a Comment

 

♥My Heart Beats For Kids♥ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez