Sunday 10 March 2013

Mengapa pendidikan awal kanak-kanak penting? :D

Posted by Unknown at 17:46
penting tak ek? jap, nak pikiaq!
Sebenarnya rangsangan minda yang anak-anak di bawah usia 6 tahun dapat, adalah jauh lebih memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ anak. Pakar pendidikan awal kanak-kanak, Glenn Doman selepas 40 tahun mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak menyebut tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak berkata:

"Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and it is easier to give a one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a six-year old."

Maksudnya:

"Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari Leonardo Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak berusia 6 tahun."

Sebab itulah, tahun-tahun pertama seorang anak itu dipanggil oleh Doman sebagai tahun-tahun EMAS. 

Seorang anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna. Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya.

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air. Sebab itulah anak harus dididik lebih awal. Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu. Ukiran apakah yang akan kita tinggalkan? *Renung-renungkan dan selamat beramal! :D

Antara sebab lainnya ialah:
  • sebagai asas sebelum memasuki alam persekolahan
  • memperoleh pembelajaran yang bermakna
  • mengetahui cara yang betul untuk bersosial dengan orang lain
  • memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak
  • mendidik dengan kaedah yang betul
  • membantu dalam perkembangan holistik 
  • mempunyai tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman mengajar.
Sekian untuk entri kali ini. See ya! Assalamualaikum :D

haa! kan penting tu! hikhik =D

0 comments:

Post a Comment

 

♥My Heart Beats For Kids♥ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez